"Katak! katak! ada katak atas katil ni", aku mula menjerit menggemparkan seisi keluarga yang sedang lena tidur. Mereka menerjah masuk ke kamar ku untuk melihat katak yang aku maksudkan, puas ayah tercari-cari tangannya lincah menyebak selimut, menurunkan bantal-bantal untuk menampakkan kelibat sang katak. Apa yang di cari tidak ditemui diatas katil sebaliknya sesuatu yang lebih menakutkan pula yang kami jumpai berada didalam baju yang sedang aku pakai, jika dilihat dari posisi aku yang membelakangkan ayah, Nampak sesuatu yang besar bergerak perlahan-lahan keluar dan melompat keluar dari dalam baju. Lompatan keluar katak gergasi diikuti dengan beribu-ribu katak puru, kodok, dan segala macam spesisnya sehingga memenuhi setiap ruang bilikku, aku mulai terlompat-lompat mencari ruang yang kosong untuk berpijak. Suasana malam itu gempar dengan seekor katak puru gergasi yang badannya disaluti dengan lendir yang meloyakan, bau busuk memenuhi ruang kamar pada malam itu. "Katak besar mak, katak besar ada dalam baju, buanglah semua katak-katak ni mak", aku mula menangis teresak-esak, lendir pada katak terasa melekat lagi pada belakang badan aku, sesekali aku meloya kerana bau busuknya memenuhi ruang rongga.
Thursday, 19 September 2013
sambungan....
"Woi dik, engkau ni dah kenapa terjerit-jerit tengah malam, orang dah cakap jangan di usik-usik katak tu petang tadi degil tak nak dengar, kan dah mengingau", jerit kakak pula mengejutkan aku dari igauan mimpi yang menakutkan. "Fuh lega, selamat aku dari katak besar tu", sempat lagi aku menarik lafas kelegaan kerana mimpi itu seolah-olah satu tanda peringatan kepada aku supaya tidak lagi mengganggu ketenteraman katak-katak di luar sana. Sejak dari itu, katak menjadi musuh nombor satu aku, bukan hanya sekadar geli melihat badannya tetapi setiap kali terjumpa katak aku pasti terlompat-lompat melarikan diri kerana aku merasakan katak itu cuba mengejar aku. Pernah suatu ketika semasa balik ke kampong di Pekan Lanchang, Pahang aku memanjat dan duduk bertinggung memegang kaki kerana melarikan diri daripada seekor katak yang agak besar saiznya. Katak itu agak besar, faktor genetik agaknya tambahan pula kampong itu berada jauh ke pedalaman iaitu Kampung Jergoh.
kiriman Unknown pada 17:42
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar:
Post a Comment