BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 24 May 2014

deraian air matanya...

Kembali ku khabar gelodak di dalam hati yang meratap pilu mengenangkan sikap tetangga yang tidak mengenal erti 'adab sopan apabila berbicara apatah lagi menegur'. Benar mungkin semua itu salah kami yang terlupa sejenak, kami ini hanya singgah menetap seketika di pondok tingkat empat ini. Kami terlupa akan teori gravity epal yang dikemukakan oleh Sir Isaac Newton yang memperlihatkan epal itu jatuhnya ke bawah dan tidak ke atas.

Maka kerana itu, pakaian yang kami jemurkan bawah terik mentari, airnya jatuh ke bawah dan tidak juga ke atas...Lalu atas dasar itu, suami ku di marahi tetangga yang menginap dibawah. Aduh! sabarnya dia melayan kerenah warga emas itu yang hadirnya mengetuk kuat pintu rumah, herdikkannya lantang kedengaran ke seluruh pelosok bangunan ini.

Genangan air dari balkoni rumah turun laju ke bawah turut menjadi punca kemarahan warga emas tersebut. Beginikah caranya menegur kami tuan?, Rezeki kami Allah yang beri! makanya tidak perlu tuan cuba mengertak suamiku untuk membuat dia dibuang dari pekerjaannya. Untuk makluman tuan, apa yang dia miliki hari ini segalanya atas hasil usahanya 100 peratus tanpa wujud bantuan 'orang dalam' untuk mendapatkan pekerjaan ini. Warga tua seperti tuan, seharusnya menampilkan tauladan yang lebih berpekerti.

Hancurnya hati saya tuan, saya tahu suami saya sebak menahan tangisnya dihadapan saya. Maka, sebaik sahaja dia keluar dari kamar mandinya, matanya merah, tidak semena-mena bergenang air mata dikelopak matanya. Pilu hati saya tuan. Mengapa dimalukan suami saya sedemikian rupa? Tidakkah tuan tahu tindakkan tuan bisa sahaja melemahkan semangatnya untuk berkhidmat dengan cemerlang? Tidak wajar tuan perlakukan suami saya sebegini.

Saya berjanji tuan, kelak tuan akan di aibkan kembali akibat daripada keceluparan tuan berbicara itu!


Tuan doakan saya Berjaya dalam kehidupan saya selepas ini, supaya saya boleh menetap di rumah tingkat bawah sama seperti tuan supaya air yang turun dari ampaian saya, jatuhnya ke bumi ciptaan Allah dan bukannya atas ampaian baju tuan. Terima kasih.

Monday, 24 February 2014

Halal buat kami

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi atas izin dan lindungan-Nya majlis kami berjalan dengan lancarnya. Benar kata orang cinta atas tiket yang halal itu lebih indah dan manis berbanding yang sebaliknya. Biar mereka berkata apa atas perkahwinan kami di usia muda, namun kami senang begini berbanding kerap berada tanpa ikatan yang sah. Sekurang-kurangnya terhindar kami dari bisikan Iblis yang berusaha merosakkan umat manusia. Insya-Allah Taala dia suami yang akan menjadi pembimbing dalam mengemudi alam rumah tangga. Solatnya sudah menjadi makmum dan itu mendamaikan perasaan sebenarnya.



Bayangkan sebak rasa dihati tatkala beliau mengimamkan solat buat pertama kalinya, berdoa dengan penuh khusyuk dan tawaduk kepada Allah agar terus menerus merahmati kami. Dalam doa panjangnya punya intipati yang menyentuh hati mengalir sama juraian airmata. Alhamdulillah syukur itu ucap pertamanya.

Senangnya bangun awal pada keesokkan harinya, pintanya agar isterinya membersihkan diri untuk berjemaah lagi bersamanya. Menanti agak lama mungkin, terlihat hamparan sejadah sudah sedia dibentangnya dan dirinya melagukan penuh syahdu bacaan surah Yassin. Alhamdulillah sekali lagi, tiada pernah menyesali memilih dirinya. Terima Kasih Allah!

Rakan-rakan yang hadir..

Tuesday, 4 February 2014

Black si Arnab tua

BLack merupakan arnab generasi kedua yang saya bela. Anak kepada pasangan Honey dan Comot. Saya fikir, tahun ini usianya mencecah 3 tahun "panjang usianya buat seekor arnab". Cumanya Black si arnab pintar saya itu sedang sakit, lalu saya bawanya kembali pulang ke rumah untuk memberi penjagaan yang rapi buat dirinya.

Arnab peliharaan saya yang masih kekal hingga kini. Alhamdulillah, penyayangnya masih seperti dulu.

Wednesday, 22 January 2014

KeMeLah

Saya, Kasih Anggerik dan Hadijah berkeluarga angkat di Felda Kemelah. Layanan yang kami terima di sana cukup menyentuh hati. Apatah lagi melihat juraian airmata si ibu yang berat melepaskan kami pulang!

Thursday, 16 January 2014

Debar Pertama...

Debar pertama mengundang seribu satu makna yang tersirat dalam jalinan hati saya tatkala ini. Menanti penuh debar segalanya. Ramai yang acapkali bertanyakan keputusan yang kami ambil ini. Tetapi bagi saya, Insya-Allah Taala, rezeki Allah itu luas buat sekalian hamba-Nya. Maka, selagi saya masih punya USAHA+KEGIGIHAN=Pasti akan mencapai KEJAYAAN juga. Keputusan yang telah lama kami bincangkan, memikirkan dan mencari penyelesaiannya dan ini lah keputusan yang kami simpulkan menerusi tirai mimpi kami itu.

Sekadar picisan gambar ini.

Wednesday, 8 January 2014

~Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran~

 
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran ke 22 Siti Nurfa Izatul Erma Radzali.
Buat pertama kali tidak disambut.
Sedih Juga, tetapi tidak mengapalah kerana hadiahnya pada bulan dua nanti sudah cukup memberi makna yang mendalam buat diri.
Terima Kasih Allah kerana menciptakan aku.
Terima Kasih ayah kerana mewujudkan aku.
Terima Kasih Emak yang melahirkan aku.
Terima Kasih arwah Along yang memberi nama yang cukup panjang untuk adiknya ini.
Terima Kasih kepada En. Muhammad Hambal yang menjadi orang pertama mengucapkannya.
Terima kasih juga buat Jamalyah, sahabat sejak sekolah menengah yang menjadi orang kedua.
Terima kasih.

Sudah cukup umur!

Tuesday, 7 January 2014

Manis itu hadir seusai pahit melabuhkan tirainya.

Bersabar dengan kerenah teman sebilik yang saya fikir "tolol" dalam memahami maksud sebenar ruang "privacy". Sejak dari awal kemasukkan ke sini, saya telah mempunyai masalah dengan teman itu. Terlalu lama menahan sabar, hingga membungkam jiwa saya tatkala ini. Baru-baru ini, bayangkan jika dia sering sahaja ber"VIDEO CALL" dengan pacarnya dan tidak mengendahkan kondisi saya yang turut sama berada dalam kamar tersebut. Apatah lagi hala tuju kamera itu turut meliputi kawasan sekitar saya. Berkali sudah ditegur tetapi masih berkelakuan seperti durjana yang tolol untuk memahami teguran yang diberi.



Sering sahaja saya mengalah dan melarikan diri ke kamar rakan yang lain. Mujur mereka memahami saya. Namun, entah bagaimana cara untuk saya kembali meneruskan ruang pembacaan dengan penuh tenang dan tenteram tanpa gangguan sedemikian. Harapnya akan hadir seribu satu kemanisan setelah semua ini berlaku. Moga-moga beliau ditempatkan di Kajang agar ku punyai ruang dan mahligai indah sendiri. Di sana nanti, aku lah PERMAISURInya.