Sekitar penghujung tahun 2011, saya dan keluarga berpeluang mengikuti mak cik saya yang berasal dari Medan pulang ke rumah kakaknya untuk majlis perkahwinan anak saudaranya. Kesempatan berada di negara orang, menjadikan saya seorang yang teruja untuk mengenali budaya, bahasa dan juga adat perkahwinan orang jawa di sana.
Menariknya ketika berada di sana, saya di minta oleh ibu pengantin perempuan untuk menjadi pengapit bagi pihak lelaki. Agak pelik dan juga janggal bagi saya dan mungkin janggal juga bagi mata yang melihat saya yang berbaju kurung berjalan memegang gulungan sesuatu yang berbentuk tanglung namun di perbuat daripada pucuk daun kelapa yang kebiasaannya di buat ketupat di Malaysia.
Saya benar-benar teruja dengan pengalaman tersebut, saya menyaksikan sendiri bagaimana adat perkahwinan jawa di sana. Tradisi mereka seolah-olah tradisi Hindu kerana wujudnya budaya mengelilingi batu giling dan kemudian pengantin lelaki akan meletakkan kakinya di atas batu giling tersebut manakala pengantin perempuan akan memecahkan telur dan di lumurkan ke atas kaki pengantin lelaki seterusnya menyarungkan cincin di jari kaki pengantin lelaki.
Sempat juga saya merasa berada atas singgahsana tersergam indah ini. Rindukan kenangan sewaktu berada disana.
0 komentar:
Post a Comment