Saya punyai dua orang rakan akrab yang kembar. Mereka saling menyayangi sebenarnya walaupun jika dilihat dari mata kasar, mereka sering bertelingkah tetapi sekiranya ada individu luar yang memarahi salah seorang dari mereka, maka yang seorang lagi akan bangkit dan bersuara mempertahankan kembarnya.
Zahirnya mereka kembar yang kelihatan tidak memiliki perwatakkan yang sama, apatah lagi kakak yang berperwatakan kasar manakala si adik yang agak lembut dan lebih gemar berbaju kurung. Mereka rakan saya dari Sarawak dan berbangsa Iban. Berbesar hati apabila mendapat tahu si kakaknya berjaya untuk menjadi anggota Polis. Tidak sia-sia usaha saya menghantar mereka ke tempat temuduga dan meminjamkan baju kurung saya untuk dipakai oleh si kakak pada hari temuduga, Untuk adiknya, tidak mengapalah, si kakak pasti akan terus melindungi adiknya itu.
0 komentar:
Post a Comment