Alhamdulillah, Amin ya Allah, semoga mimpi malam tadi itu menjadi benar dan kenyataan Insya-Allah Taala.
Saya bermimpi mengambil penerbangan ke Indonesia namun kemudiannya terpaksa pulang ke Malaysia kembali untuk menerima hadiah atas kemenangan karya saya yang sulung. Tidak pasti kategori karya apa malah tajuknya samar-samar dalam ingatan saya. Saya pasti tajuk itu merupakan tajuk hasil gabungan nama saya dan teman saya. Berharap mimpi itu jadi kenyataan agar hidup ini biarpun "tidak semanis impian" tetapi biarlah ianya menjadi "seindah harapan" agar segalanya menjadi "tiada lagi mimpi".
Tokoh-tokoh hebat yang berjaya bermula dari mimpi....
10. Martin Luther King, Jr Martin Luther King memiliki mimpi yang begitu besar. Beliau pernah berkata bahawa dia bermimpi pada suatu hari, orang-orang kulit hitam mempunyai hak dan darjat yang sama dengan orang-orang kulit putih di Amerika. Sampai saat ini, pesan dan mimpinya telah menginspirasi ramai orang untuk menghapus perbezaan tersebut.
9. Michael Jordan
Beliau pernah ditolak masuk pasukan bola keranjang kerana pelatihnya mengatakan dia tidak cukup tinggi untuk bermain bola keranjang. Tetapi, dia tidak peduli kerana dia memiliki mimpi menjadi pemain bola keranjang ternama. Dengan latihan berterusan, beliau telah menjadi pemain bola keranjang yang tersohor dan menjadi legenda yang tiada penggantinya.
8. Tiger Woods
Tiger Woods salah seorang pemain golf terbaik dunia. Tahukah Anda bahawa beliau sudah memiliki mimpi menjadi pemain golf pada usianya baru 8 tahun?
7. Bill Gates
Siapa yang tidak kenal Bill Gates, salah seorang individu terkaya di dunia kerana mendirikan perusahaan Microsoft. Beliau memiliki mimpi bahawa suatu hari setiap rumah akan memiliki PC (Personal Computer). Meskipun ia tidak lulus kuliah, tapi dia berjaya menjadi seperti sekarang ini.
6. Kolonel Sanders
Ketika Sanders pensiun, dia mendapati dirinya hanya memiliki sedikit wang yang tidak cukup untuk memenuhi hari tuanya. Maka dari itu, dia berusaha menjual resepi ayam goreng ibunya kepada penjual-penjual. Tapi semua orang menolak. Bukan hanya puluhan atau ratusan kali ditolak, tapi dia ditolak lebih dari seribu kali, tepatnya 1006 kali. Pada suatu ketika resepinya dibeli, sehinggi kini KFC gah berdiri atas resepi tersebut.
5. Presiden Kennedy dari AS
Suatu hari, Presiden Kennedy dalam pidatonya pernah mengatakan ingin menghantar manusia ke bulan. Adakah mimpinya di terima oleh para pendengar? Sama sekali tidak! Bahkan semua orang tertawa mendengarnya kerana mimpi tersebut sangat mustahil. Tapi sejarah membuktikan bahawa dia berhasil mewujudkan mimpinya yang dulunya belum pernah direalisasikan oleh orang lain.
4. Wright Bersaudara
Mereka hanyalah mekanik yang pekerjaannya membaiki basikal. Suatu hari, mereka melihat burung terbang bebas di udara. Mereka bertanya mengapa manusia tidak mampu melakukan seperti itu. Lalu mereka membuat sesuatu yangyang mampu membawa manusia terbang.
Ramai orang mengatakan mereka sudah tidak waras. Di zaman itu, belum ada pesawat dan sangat tidak masuk akal kerana gaya gravitasi bumi yang akan membuat semua benda jatuh ke tanah. tapi, sampai suatu hari mereka berjaya membuat mesin pertama yang bisa terbang. Penemuan mereka termasuk salah satu yang terbesar dalam sejarah manusia.
3. Steve Jobs
Steve Jobs adalah pengasas perusahaan teknologi Apple. Beliau dianggap sebagai salah satu pencipta terbesar dalam sejarah umat manusia melalui berbagai produk teknologi yang diciptakannya. Dia juga dianggap seorang visioner yang tidak tergantikan. Produk ciptaannya antara lain, iPod, iPhone, iPad, MacBook dan lainnya.
2. Thomas Alva Edison
Salah satu ciptaan beliau ialah bola lampu yang menerangi langit malam yang gelap menjadi terang benderang. Berkali-kali beliau gagal menghasilkan bola lampu yang mampu menerangi malam namundisebabkan memiliki mimpi untuk menerangi dunia di malam hari, bukan hanya bola lampu yang ditemukannya, tetapi juga lebih dari 1000 lain yang membuatnya menjadi pencipta terbesar dalam sejarah.
1. Siti Nurfa Izatul Erma
Penulis muda yang Berjaya menjadi seorang penulis bermula dari mimpinya menerima anugerah dalam bidang penulisan. Menjadi wanita bekerjaya merupakan cita-cita beliau namun dalam masa yang sama beliau cuba merealisasikan impian untuk menjadi seorang isteri, ibu dan pelajar yang berjaya dalam kehidupannya untuk menjadi seorang penulis hebat dan berjaya.
0 komentar:
Post a Comment