BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 24 May 2014

deraian air matanya...

Kembali ku khabar gelodak di dalam hati yang meratap pilu mengenangkan sikap tetangga yang tidak mengenal erti 'adab sopan apabila berbicara apatah lagi menegur'. Benar mungkin semua itu salah kami yang terlupa sejenak, kami ini hanya singgah menetap seketika di pondok tingkat empat ini. Kami terlupa akan teori gravity epal yang dikemukakan oleh Sir Isaac Newton yang memperlihatkan epal itu jatuhnya ke bawah dan tidak ke atas.

Maka kerana itu, pakaian yang kami jemurkan bawah terik mentari, airnya jatuh ke bawah dan tidak juga ke atas...Lalu atas dasar itu, suami ku di marahi tetangga yang menginap dibawah. Aduh! sabarnya dia melayan kerenah warga emas itu yang hadirnya mengetuk kuat pintu rumah, herdikkannya lantang kedengaran ke seluruh pelosok bangunan ini.

Genangan air dari balkoni rumah turun laju ke bawah turut menjadi punca kemarahan warga emas tersebut. Beginikah caranya menegur kami tuan?, Rezeki kami Allah yang beri! makanya tidak perlu tuan cuba mengertak suamiku untuk membuat dia dibuang dari pekerjaannya. Untuk makluman tuan, apa yang dia miliki hari ini segalanya atas hasil usahanya 100 peratus tanpa wujud bantuan 'orang dalam' untuk mendapatkan pekerjaan ini. Warga tua seperti tuan, seharusnya menampilkan tauladan yang lebih berpekerti.

Hancurnya hati saya tuan, saya tahu suami saya sebak menahan tangisnya dihadapan saya. Maka, sebaik sahaja dia keluar dari kamar mandinya, matanya merah, tidak semena-mena bergenang air mata dikelopak matanya. Pilu hati saya tuan. Mengapa dimalukan suami saya sedemikian rupa? Tidakkah tuan tahu tindakkan tuan bisa sahaja melemahkan semangatnya untuk berkhidmat dengan cemerlang? Tidak wajar tuan perlakukan suami saya sebegini.

Saya berjanji tuan, kelak tuan akan di aibkan kembali akibat daripada keceluparan tuan berbicara itu!


Tuan doakan saya Berjaya dalam kehidupan saya selepas ini, supaya saya boleh menetap di rumah tingkat bawah sama seperti tuan supaya air yang turun dari ampaian saya, jatuhnya ke bumi ciptaan Allah dan bukannya atas ampaian baju tuan. Terima kasih.

0 komentar: