BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 24 February 2014

Halal buat kami

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Illahi atas izin dan lindungan-Nya majlis kami berjalan dengan lancarnya. Benar kata orang cinta atas tiket yang halal itu lebih indah dan manis berbanding yang sebaliknya. Biar mereka berkata apa atas perkahwinan kami di usia muda, namun kami senang begini berbanding kerap berada tanpa ikatan yang sah. Sekurang-kurangnya terhindar kami dari bisikan Iblis yang berusaha merosakkan umat manusia. Insya-Allah Taala dia suami yang akan menjadi pembimbing dalam mengemudi alam rumah tangga. Solatnya sudah menjadi makmum dan itu mendamaikan perasaan sebenarnya.



Bayangkan sebak rasa dihati tatkala beliau mengimamkan solat buat pertama kalinya, berdoa dengan penuh khusyuk dan tawaduk kepada Allah agar terus menerus merahmati kami. Dalam doa panjangnya punya intipati yang menyentuh hati mengalir sama juraian airmata. Alhamdulillah syukur itu ucap pertamanya.

Senangnya bangun awal pada keesokkan harinya, pintanya agar isterinya membersihkan diri untuk berjemaah lagi bersamanya. Menanti agak lama mungkin, terlihat hamparan sejadah sudah sedia dibentangnya dan dirinya melagukan penuh syahdu bacaan surah Yassin. Alhamdulillah sekali lagi, tiada pernah menyesali memilih dirinya. Terima Kasih Allah!

Rakan-rakan yang hadir..

0 komentar: