Saya asyik berfikir, mengimbas kembali, mengenang kembali dan apa juga kaedah untuk mendapatkan kembali rasa, bau dan sentuhan kenangan mengenai coklat ini. Tidak tahu mahu memulakan dengan kisah apa sehingga saya mengambil masa yang terlalu lama untuk bercerita soal perasaan saya terhadap coklat.
Sekitar tahun 2011 saya dan rakan-rakan Sekolah (STAR Gemas) pernah berkunjung ke UKM, ketika itu cuti semester justeru UKM sunyi tanpa pelajar yang memenuhi setiap ruang legar di Fakulti FSSK, ketika itu abang-abang dan kakak-kakak daripada persatuan PERMANIS (Persatuan Anak Negeri Sembilan) yang menyambut kehadiran kami dan dibawa mengunjungi makmal coklat di sana.
Kami diajar dan berpeluang merasa coklat disana, malah ketika berkunjung ke Muzium Coklat tempoh hari juga mengingatkan saya terhadap rasa coklat tersebut. Semasa di Muzium coklat, saya tercari-cari coklat yang berbentuk sfera untuk dihadiahkan kepada rakan baik saya. Coklat berbentuk sfera bertujuan membuat rakan saya itu turut mengimbau kembali detik-detik tersebut. Pada ketika itu, antara variasi bentuk coklat yang ada dia hanya membeli coklat yang berbentuk sfera tersebut untuk dihadiahkan pada ibunya. Kata beliau, jarang untuk jumpa coklat berbentuk sfera, jika coklat-coklat yang lain sudah biasa dilihat dan boleh sahaja dibeli di kedai-kedai sekitar Gemas.
Coklat makanan yang mengilhamkan. Saya gemarkan kek berperisa coklat, masih terasa enak dan lembut kek-kek coklat yang pernah dihadiahkan kepada saya. Terima Kasih Daun Keladi.
0 komentar:
Post a Comment